PENDAFTARAN 2016

PENDAFTARAN 2016

Wednesday, December 29, 2010

Pelajar cilik Pasti Al-Ain

Alhamdulillah, pada 25 Dec 2010 yang lepas kami sempat menaikkan 'backdrop' untuk Pasti Al-Ain. Terima kasih kepada Izamri serta mak mertua yang sama-sama bergotong royong untuk saat -saat terakhir sebelum pasti dibuka.
Di samping itu, 'pelajar cilik' - pelajar yang paling kecil turut mendaftar pada hari berkenaan.

Afeefa, cukup seronok menjadi 'salah seorang' pelajar pasti Al-Ain.
Ain, antara 'tenaga pengajar cilik' di pasti ini.Afeefa cukup seronok dapat belajar dengan cikgu Ain

Sunday, December 19, 2010

Sesi Pendaftaran Persekolahan

Pasti Al-Ain akan membuka sesi pendaftaran bagi memudahkan ibubapa mendapatkan pakaian dan buku-buku untuk pelajar-pelajar baru pasti. Sesi pendaftaran bersama guru dan pengurusan Pasti akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 1 & 2 Jan 2011
Masa: 3 - 6 petang
Tempat: Pasti Al-Ain

Ibubapa boleh membuat bayaran pendaftaran yuran 2011 pada hari tersebut atau boleh mendaftar pada hari pertama persekolahan iaitu 3 Jan 2011. Perkhidmatan 'transit' untuk pelajar-pelajar juga disediakan.

NOTA:
Jumlah Yuran keseluruhan Pelajar 4 tahun = RM 265.00
Jumlah Yuran Keseluruhan Pelajar 5 tahun = RM 305.00
Jumlah Yuran Keseluruhan Pelajar 6 tahun = RM 310.00

Yuran bulanan = RM 40 seorang
Yuran 'transit' = RM 100/ bulan
Kelas mengaji = RM 20/ bulan (setiap hari) bermula jam 3.30 petang - 5.30 petang.

Thursday, November 4, 2010

Yuran Persekolahan 2011

NOTA
Kaedah pembayaran:
1.Bayaran penuh semasa menghantar Borang Permohonan ATAU deposit RM50.00 sekiranya bayaran penuh tidak dapat dibuat
2.Baki bayaran perlu dijelaskan semasa HARI PERTAMA PERSEOLAHAN ATAU ansuran selama 3 bulan
3.Yuran bulanan (RM40) perlu dijelaskan sebelum 10 haribulan setiap bulan bermula Jan – Nov 2011


Lain-lain
• Sertakan SATU salinan sijil kelahiran anak
• Salianan Kad Pengenalan IBUBAPA
• Yuran bulanan (RM40) termasuk makanan & minuman yang disediakan pada waktu rehat
• Pelajar digalakkan memakai kasut sekolah berwarna putih.

Majlis Makan Malam AMAL Pasti NS


MAJLIS MAKAN MALAM AMAL dan Hari Kecemerlangan PASTI N.Sembilan 2010
Tarikh : 22 Nov 2010 (ISNIN)
Masa : 7.45 mlmTempat : Seremban
Kupon hanya RM40 seorang


Monday, October 18, 2010

MATA PELAJARAN_5 TAHUN

Senarai mata pelajaran dan contoh buku teks serta buku latihan pelajar 5 tahun






MATA PELAJARAN _ 6 TAHUN

Senarai mata pelajaran dan contoh buku teks & buku latihan pelajar 6 tahun






Gotong Royong Pasti

Alhamdulillah...pada 3 Oktober yg lepas, beberapa orang AJK Rembau bersama Unit Amal telah turun membantu dalam aktiviti gotong royong Pasti Al - Ain. Terima kasih kepada Ustaz Nazri, Sdra Zamri, Tuan Syed, Hjh Satariah suami isteri, Hjh Che Bee serta beberapa org lagi pemuda yang turun.
Meskipun banyak lagi ruang yang belum sempat di cat, alhamdulillah kerja-kerja kasar seperti meracun dan membersihkan kawasan sekitar telah dapat dilakukan. Pihak pengurusan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang membantu.

Kami dalam usaha menyiapkan semua prasarana PASTI sebelum bulan Nov 2010. InsyaAllah, jika diizinkanNya pihak pengurusan bercadang membuat Hari Terbuka Pasti Al-Ain di penghujung November bagi memberi maklumat tentang pasti kepada masyarakat sekitar. Individu yang ingin menyumbang untuk prasarana Pasti boleh menghubungi Pn Wani 013-3851202 @ En Hakki 013-3840022

SEJARAH PASTI AL AIN

Nama Pasti Al-Ain diambil sempena nama anak sulung kami Nur Ainul Mardhiyyah yang lebih dikenali dengan panggilan AIN. Kami suami isteri bekerja di Kuala Lumpur dan saya pula kerap outstation. Masa bersama anak-anak cukup terhad dan banyak pendidikan awal mereka bermula di PASTI.
Kedua-dua orang anak kami mendapat pendidikan pra sekolah di PASTI. Ain sudah mula membaca semenjak berumur 5 tahun dan adiknya juga mula memasuki PASTI semenjak usia 4 tahun. Kami yakin pembelajaran di PASTI mampu membentuk sahsiah dan akademik anak-anak. Lantaran itu PASTI Al-Ain ini ditubuhkan untuk mengembangkan lagi pendidikan Islam di Negeri Sembilan khususnya dan kami juga ingin berkongsi pengalaman terbaik bersama ibubapa yang memilih PASTI sebagi pilihan mereka.
InsyaAllah dengan wujudnya PASTI AL AIN ini akan memberi satu alternatif baru pendidikan pra sekolah buat masyarakat di sekitar Pedas khususnya dalam melahirkan generasi yang soleh dan solehah.
Sejarah AIN dinobatkan sebagai pelajar terbaik Negeri Sembilan ketika berusia 5 tahun

FALSAFAH PENDIDIKAN

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara kearah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat
FALSAFAH PENDIDIKAN PASTI
Pendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul dari aspek Syakhsiyyah, keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada ISLAM, IMAN DAN IHSAN. Mengambil kira potensi dan bakat yang sedia ada, pendidikan PASTI berusaha mengembangkan kemahiran kognitif, psikomotor, bahasa sosio emosi dan sosial selain kepelbagaian bakat serta kecerdasan yang sedia terpupuk di dalam diri tunas Islam. Usaha-usaha PASTI menerusi pembentukan peribadi unggul ini bertujuan mempersiapkan diri mereka menjadi warga yang cintakan negara serta berpegang teguh dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian supaya diredhai oleh Allah S.W,T di dunia dan di akhirat.

VISI & MISI

VISI
Melahirkan Insan Soleh di Malaysia melalui pendidikanp pra sekolah sebagai elemen terpenting
MISI
Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, pengurusan serta kuantiti PASTI di Malaysia bagi menjadikan PASTI pilihan utama kepada masyarakat yang cintakan pendidikan Islam