PENDAFTARAN 2016

PENDAFTARAN 2016

Tuesday, February 22, 2011

Guru sepenuh masa diperlukan

Adakah anda berkeinginan untuk bekerja??
berminat mendidik anak-anak di peringkat tadika
KINI DIBUKA!
PASTI AL-AIN memerlukan Guru @ Pembantu Guru (perempuan sahaja) dengan kadar segera bermula April 2011.

Tempat tinggal dan makanan disediakan. Keutamaan pada yang bujang (perempuan sahaja)Mereka berminat untuk memohon, sila hubungi Pn Norwani 013-3851202

Thursday, February 17, 2011

Kelas Mengaji Al-Quran

Kelas Mengaji Al-Quran untuk anak-anak pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah KINI DI BUKA!

Masa: 4.00 petang - 5.00 petang (sesi 1) @ 5.30 petang - 6.30petang (sesi 2)

Hari: Isnin - Jumaat

Tempat: Pasti Al Ain

Yuran bulanan: RM20

Berminat: Sila hubungi Cikgu Anis 013-6402310 , Cikgu Syuhada 017-3966496 & Cikgu Solehah 013-9798108

Wednesday, January 19, 2011

Dengan izinNYA

Alhamdulillah...dengan izinNYA yang Maha Pemurah, Maha Pengasih & Maha Penyayang, Maha Pemberi dan rahmatNya telah membuka hati 13orang ibubapa pelajar untuk mendaftar ke Pasti Al-Ain.
Syukur juga di saat-saat terahir, Allah temukan dengan guru baru dan pembantu guru untuk membantu kami menguruskan Pasti ini. Ya Allah...semunya dengan izinMu.
Seorang guru iaitu Cikgu Anis Atiqah dan pembantu Cikgu Norsyuhada telah diamanahkan untuk mendidik anak-anak Pasti ini. Terima kasih kepada semua ibubapa yang memberi kepercayaan dan memilih Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sebagai tempat pendidikan awal anak mereka.
En Sufian (Ketua Pemuda Kawasan) dan Saudara Safrizal (AJK Pemuda) yang hadir pada hari pertama sesi persekolahan untuk memberi sokongan kepada Pasti Al-Ain.
Terima kasih juga kepada Ustaz Nazri, Abg Zainal, Pemuda Kawasan, MTD Chembong dan semua yang telah membantu secara lansung atau tidak lansung dalam membangunkan Pasti Al Ain. Moga Allah membalas jasa kalian semua. Ameen.

Wednesday, December 29, 2010

Pelajar cilik Pasti Al-Ain

Alhamdulillah, pada 25 Dec 2010 yang lepas kami sempat menaikkan 'backdrop' untuk Pasti Al-Ain. Terima kasih kepada Izamri serta mak mertua yang sama-sama bergotong royong untuk saat -saat terakhir sebelum pasti dibuka.
Di samping itu, 'pelajar cilik' - pelajar yang paling kecil turut mendaftar pada hari berkenaan.

Afeefa, cukup seronok menjadi 'salah seorang' pelajar pasti Al-Ain.
Ain, antara 'tenaga pengajar cilik' di pasti ini.Afeefa cukup seronok dapat belajar dengan cikgu Ain

Sunday, December 19, 2010

Sesi Pendaftaran Persekolahan

Pasti Al-Ain akan membuka sesi pendaftaran bagi memudahkan ibubapa mendapatkan pakaian dan buku-buku untuk pelajar-pelajar baru pasti. Sesi pendaftaran bersama guru dan pengurusan Pasti akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 1 & 2 Jan 2011
Masa: 3 - 6 petang
Tempat: Pasti Al-Ain

Ibubapa boleh membuat bayaran pendaftaran yuran 2011 pada hari tersebut atau boleh mendaftar pada hari pertama persekolahan iaitu 3 Jan 2011. Perkhidmatan 'transit' untuk pelajar-pelajar juga disediakan.

NOTA:
Jumlah Yuran keseluruhan Pelajar 4 tahun = RM 265.00
Jumlah Yuran Keseluruhan Pelajar 5 tahun = RM 305.00
Jumlah Yuran Keseluruhan Pelajar 6 tahun = RM 310.00

Yuran bulanan = RM 40 seorang
Yuran 'transit' = RM 100/ bulan
Kelas mengaji = RM 20/ bulan (setiap hari) bermula jam 3.30 petang - 5.30 petang.

Thursday, November 4, 2010

Yuran Persekolahan 2011

NOTA
Kaedah pembayaran:
1.Bayaran penuh semasa menghantar Borang Permohonan ATAU deposit RM50.00 sekiranya bayaran penuh tidak dapat dibuat
2.Baki bayaran perlu dijelaskan semasa HARI PERTAMA PERSEOLAHAN ATAU ansuran selama 3 bulan
3.Yuran bulanan (RM40) perlu dijelaskan sebelum 10 haribulan setiap bulan bermula Jan – Nov 2011


Lain-lain
• Sertakan SATU salinan sijil kelahiran anak
• Salianan Kad Pengenalan IBUBAPA
• Yuran bulanan (RM40) termasuk makanan & minuman yang disediakan pada waktu rehat
• Pelajar digalakkan memakai kasut sekolah berwarna putih.

Majlis Makan Malam AMAL Pasti NS


MAJLIS MAKAN MALAM AMAL dan Hari Kecemerlangan PASTI N.Sembilan 2010
Tarikh : 22 Nov 2010 (ISNIN)
Masa : 7.45 mlmTempat : Seremban
Kupon hanya RM40 seorang


Monday, October 18, 2010

MATA PELAJARAN_5 TAHUN

Senarai mata pelajaran dan contoh buku teks serta buku latihan pelajar 5 tahun






MATA PELAJARAN _ 6 TAHUN

Senarai mata pelajaran dan contoh buku teks & buku latihan pelajar 6 tahun






Gotong Royong Pasti

Alhamdulillah...pada 3 Oktober yg lepas, beberapa orang AJK Rembau bersama Unit Amal telah turun membantu dalam aktiviti gotong royong Pasti Al - Ain. Terima kasih kepada Ustaz Nazri, Sdra Zamri, Tuan Syed, Hjh Satariah suami isteri, Hjh Che Bee serta beberapa org lagi pemuda yang turun.
Meskipun banyak lagi ruang yang belum sempat di cat, alhamdulillah kerja-kerja kasar seperti meracun dan membersihkan kawasan sekitar telah dapat dilakukan. Pihak pengurusan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang membantu.

Kami dalam usaha menyiapkan semua prasarana PASTI sebelum bulan Nov 2010. InsyaAllah, jika diizinkanNya pihak pengurusan bercadang membuat Hari Terbuka Pasti Al-Ain di penghujung November bagi memberi maklumat tentang pasti kepada masyarakat sekitar. Individu yang ingin menyumbang untuk prasarana Pasti boleh menghubungi Pn Wani 013-3851202 @ En Hakki 013-3840022