PENDAFTARAN 2016

PENDAFTARAN 2016

Friday, January 24, 2014

PROGRAM : BENGKEL SOLAT 2014

Pasti Al-Ain akan menganjurkan Bengkel Separuh Hari "Mari Belajar Solat" yang akan diadakan pada;

Tarikh : 26 Januari 2014, Ahad

Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang

Tempat : Pasti Al-Ain, Taman Pedas Perdana, Pedas

Yuran : RM5 seorang

Sasaran : Anak-anak Pra-Sekolah dan Sekolah Rendah

Bengkel ini merupakan sebahagian daripada program khidmat masyarakat oleh Pasti Al-Ain bagi membantu dan mendidik masyarakat setempat tentang peri pentingnya ibadah solat.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Cikgu Rosanah 019-607 8593 atau Pn Norwani 013-385 1202

Wajah Ceria Pelajar 2014

"Selamat Datang Anak-Anak PASTI AL-AIN Sesi 2014"

Monday, November 11, 2013

MAJLIS KONVOKESYEN PASTI KAWASAN REMBAU 2013

Tahniah kepada PASTI Kawasan Rembau & MGP Kawasan Rembau yang telah berjaya mengadakan majlis Konvokesyen Pelajar-Pelajar PASTI peringkat Kawasan Rembau pada 16 November yang lalu di Dewan SJKC Sin Hua, Rahang.

HARI KONVOKESYEN 2013

Untuk julung kalinya selepas 3tahun penubuhan, PASTI AL-AIN & PASTI AHMADI akan mengadakan majlis Konvokesyen Pelajar pada 13hb Nov (Rabu) jam 9pagi. Semua ibubapa, pimpinan PASTI & Kawasan Rembau serta penduduk setempat dijemput hadir ke PASTI Al AIN Taman Pedas Perdana. Pameran, persembahan pelajar & cabutan bertuah disediakan utk tetamu yg hadir. Sumbangan drp semua utk dana PASTI AL AIN & PASTI AHMADI amat dialu-alukan.

Turut ditampilkan persembahan adik Abdullah Azzam, wakil Pasti Negeri Sembilan yg menjadi johan bercerita Alamria PASTI MALAYSIA.

www.youtube.com/watch?v=Lq0cbrwiBoA

Thursday, September 20, 2012

Guru & Pembantu guru diperlukan

Adakah anda berkeinginan untuk bekerja??? Adakah anda berminat mendidik anak-anak di peringkat tadika/pra sekolah KINI DIBUKA! PASTI AL-AIN memerlukan Guru @ Pembantu Guru (perempuan sahaja) dengan kadar segera bermula Oct 2012 utk persediaan sesi pembelajaran tahun hadapan 2013. Tempat tinggal dan makanan disediakan. Keutamaan pada yang bujang (perempuan sahaja. Mereka berminat untuk memohon, sila hubungi Pn Norwani 013-3851202 @ email ke halwan9@yahoo.com

Wednesday, December 21, 2011

BENGKEL 3M

BENGKEL CERIA DAN CERDIK
Penekanan asas 3M - Membaca, Menulis Dan Mengira
Tarikh : 24 Dis 2011 , Sabtu
Masa : 8.30 pagi
Tempat: PDS, No 646, Jalan 7, Lavender Height, Senawang
Peserta : Anak-anak berumur 5 ke 9 tahun
Yuran RM20
Terhad kepada 50 peserta yang daftar awal

Untuk pendaftaran atau pertanyaan sila hubungi En Fazilan 010-3362990, Pn Azizah 010-3362989, En Hakki 013-3840022 & Pn Wani 013-3851202

Anjuran : PDS dgn kerjasama PASTI Al Ain