PENDAFTARAN 2016

PENDAFTARAN 2016

Tuesday, March 22, 2011

Produk untuk dana PASTI

Pihak kami amat mengalu-alukan sokongan daripada pihak tuan/puan untuk membeli produk kesihatan Smart Herbs sebagai salah satu cara membantu dana pengurusan Pasti Al-Ain.

1.Kopi Pra Campur Untuk Wanita - Kacip Fatimah 7 in 1
2. Kopi Pra Campur Untuk lelaki - Tongkat Ali 9 in 1
3. Losyen Pati Halia Cengkeh
4. Kopi Pra Campur Untuk Semua - KOPI BARLEY 5 in 1
5. Susu Kambing dan Madu - minuman sunnah

Harga runcit/pasaran sekotak ialah RM30 utk item 1-4 dan RM35 utk item 5.
Harga promosi ialah RM25 untuk item 1-4 dan RM 30 untuk item 5.

Harga promosi untuk ibubapa PASTI pula ialah RM 20 untuk item 1-4 dan RM25 untuk item3.

Khasiat produk ini boleh layari... http://smartstockist.com/web/

Utk makluman produk ini keluaran bumipurta, produk Muslim 100% dan dikilangkan di

Smarts Herbs Manufacturing
No. 32, Tkt. Bawah,
Senawang Business Center,
Tmn Tasik Jaya,
70400, Seremban,
Negeri Sembilan.

Sesiapa yg berminat untuk menjadi ahli dan pengedar boleh hubungi saya, Pn Wani (013-3851202). Dapatkan harga ahli yang cukup murah dengan SEGERA.

Saturday, March 19, 2011

Didik anak bersolat

Alhamdulillah... seramai 89 orang pelajar telah hadir dalam kursus solat yang dianjurkan oleh Pasti Al-Ain dengan kerjasama Surau Taman Pedas Perdana pada 16 Mac yang lalu. Pihak Pasti Al-Ain mengucapkan terima kasih kepada ibubapa disekitar Taman Pedas Perdana yang memeberi sokongan ke atas program ini.

Dalam program ini, 5 orang facilitator yang diketua oleh Ustaz Shamil telah mengendali slot teori dan praktikal. Anak-anak kecil ini cukup seronok apabila turut dibekalkan dengan buku panduan wudu' dan solat.Pihak pengurusan PASTI mengucapkan terima kasih kepada pihak AJK surau yang telah memberi keizinan menggunakan surau serta menyediakan sarapan untuk semua peserta. InsyaAllah program ini akan diteruskan sebagai salah satu CSR- Corporate Social Responsibility (Tanggungjawab Sosial Koporat) pihak Pasti dalam membantu masyarakat sekeliling.

Program ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi mendedahkan kepada masyarakat tentang peripentingnya & kewajipan bersolat dalam hidup seharian. Seperti yang termaktub dalam Al-Quran surah Al-Mukminum, antara ciri-ciri orang-orang yang berjaya ialah orang yang kusyuk dan memelihara solat.

Intisari ruku' (1) bagi surah Al-Mukminun ini ialah :
Menerangkan sifat-sifat orang Mukmin yang berjaya.
Sumber ambilan ialah:
Ayat 1 - Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.
Ayat 2 - Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
Ayat 3 - Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
Ayat 4 - Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu).
Ayat 5 - Dan mereka yang menjaga kehormatannya.
Ayat 6 - Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
Ayat 7 - Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.
Ayat 8 - Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.
Ayat 9 - Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.
Ayat 10 - Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.
Ayat 11 - Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Saturday, March 5, 2011

Bengkel Solat (Best)


Bengkel Solat (Best) PERCUMA untuk semua pelajar sempena cuti sekolah;


Tarikh: 16 Mac 2011 (Rabu)
Masa: 8 pagi - 1 petang
Tempat: Surau Taman Pedas Perdana


Anjuran: Pasti Al-Ain dengan kerjasama AJK Surau Taman Pedas Perdana
Tenaga pengajar: Ustaz & ustazah (bekas mahasiswa/wi dari Mesir)

Terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah, lelaki & perempuan.
Maklumat lanjut sila hubungi;

Pn Wani : 013-3851202 & En Karim: 012-9807071