PENDAFTARAN 2016

PENDAFTARAN 2016

Wednesday, January 19, 2011

Dengan izinNYA

Alhamdulillah...dengan izinNYA yang Maha Pemurah, Maha Pengasih & Maha Penyayang, Maha Pemberi dan rahmatNya telah membuka hati 13orang ibubapa pelajar untuk mendaftar ke Pasti Al-Ain.
Syukur juga di saat-saat terahir, Allah temukan dengan guru baru dan pembantu guru untuk membantu kami menguruskan Pasti ini. Ya Allah...semunya dengan izinMu.
Seorang guru iaitu Cikgu Anis Atiqah dan pembantu Cikgu Norsyuhada telah diamanahkan untuk mendidik anak-anak Pasti ini. Terima kasih kepada semua ibubapa yang memberi kepercayaan dan memilih Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sebagai tempat pendidikan awal anak mereka.
En Sufian (Ketua Pemuda Kawasan) dan Saudara Safrizal (AJK Pemuda) yang hadir pada hari pertama sesi persekolahan untuk memberi sokongan kepada Pasti Al-Ain.
Terima kasih juga kepada Ustaz Nazri, Abg Zainal, Pemuda Kawasan, MTD Chembong dan semua yang telah membantu secara lansung atau tidak lansung dalam membangunkan Pasti Al Ain. Moga Allah membalas jasa kalian semua. Ameen.