PENDAFTARAN 2016
Monday, October 18, 2010
Gotong Royong Pasti
Kami dalam usaha menyiapkan semua prasarana PASTI sebelum bulan Nov 2010. InsyaAllah, jika diizinkanNya pihak pengurusan bercadang membuat Hari Terbuka Pasti Al-Ain di penghujung November bagi memberi maklumat tentang pasti kepada masyarakat sekitar. Individu yang ingin menyumbang untuk prasarana Pasti boleh menghubungi Pn Wani 013-3851202 @ En Hakki 013-3840022
SEJARAH PASTI AL AIN
FALSAFAH PENDIDIKAN
VISI & MISI
Wednesday, October 13, 2010
MATLAMAT PENUBUHAN PASTI
Matlamat Am
Mengembalikan pemafahaman masyarakat umum kepada kepentingannya pendidikan Islam dan meransang kepekaan kebangkitan Islam sejagat.
Mengadakan pendidikan awal (pra-sekolah) bagi melahirkan insan yang beriman, berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia.
Menyediakan wadah awal pendidikan berorentasikan harakah Islamiah untuk jangka masa panjang.
Menjadi pusat untuk membentuk fikrah masyarakat yang sedang mengalami dan menghadapi keruntuhan aqidah dan akhlak akibat dari serangan ideologi sekular dan kebendaan.
Menyedarkan masyarakat umum tentang hakikat tarbiyah Islamiyyah beristiqamah dan beriltizam dengan Islam.Matlamat Khas
Menyedar dan meningkatkan kesempurnaan Tauhid agar beramal dengan setiap kebaikan yang diredhai Allah dan RasulNya dan meninggalkan setiap kemungkaran yang dimurkai Allah S.W.T.
Membentuk peribadi insan agar mencontohi peribadi mulia Rasulullah s.a.w.
Memberi galakkan kepada kanak-kanak secara intensif agar mereka dapat menjiwai fitrah kelahiran manusia dan mengabdikan diri hanya kepada Allah
Memberi kesedaran betapa pentingnya bahasa sebagai alat komunikasi dalam kehidupan seharian terutamanya bahasa Al-Quran
Menyediakan proses pendidikan awal yang berorentasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal.
Mendidik jiwa dan akal kanak-kanak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis.
Membimbing kanak-kanak supaya menghayati ibadah, akhlak dan cenderong melakukan ma’ruf serta meninggalkan mungkar.
Melatih kanak-kanak membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran , doa dan zikir.
Memberi pengetahuan kepada kanak-kanak asas-asas bahasa, matematik dan komunikasi ke arah kebolehan membaca, mengira, menulis dan menghafal.
LOGO PASTI
Warna Hijau melambangkan kesuburan di mana setiap benih itu perlu kepada baja dan perhatian lain yang penuh dalam menghasilkan tunas-tunas yang sihat dan InsyaAllah akan menghasilkan pula pohon-pohon yang subur lagi bermanfaat. Begitulah juga dimaksudkan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dalam usaha menghasilkan insan-insan yang bertaqwa, berdisplin serta mujahid-mujahid yang benar.