PENDAFTARAN 2016

PENDAFTARAN 2016

Tuesday, April 12, 2011

Sukan si Cilik...Pasti Ahmadi & Al Ain tampil bergaya










"Pantang berundur sebelum berjuang...."Itulah tag-line pasukan dari Pasti Ahmadi & Pasti Al-Ain yang turut menghantar wakil ke kejohanan bolasepak dan bola jaring Pasti Kawasan Rembau. Rasa teruja dan seronok melihat anak-anak kecil ini bermain. Pelbagai karenah mereka yang mencuit hati....menambat hati ibubapa. Pasukan ini tampil penuh bergaya dengan baju/jersi berwarna hitam.


Meskipun ini kali pertama menyertai perlawanan, semangat kesukanan dan komitment yang cukup tinggi telah ditunjukan oleh para pemain. Terima kasih kepada Ustaz Ahmad yang telah membantu melatih para pemain tanpa jemu. Moga pasukan dari Pasti Ahmadi dan Pasti Al-Ain, akan teruk mengorak langkah pada masa hadapan. Kalah menang bukan ukurannya, yang penting "Pantang berundur sebelum berjuang...."

No comments:

Post a Comment